Setiap tahun, penanda aras markah A adalah berubah-ubah mengikut kehebatan calon-calon dan corak soalan yang disediakan pada tahun tersebut.
Biasanya, sistem markah di peringkat kebangsaan adalah berdasarkan statistik.
Mereka perlu selaraskan taburan gred untuk setiap tahun. Ini disebabkan setiap tahun tahap soalan ada sedikit perbezaannya.
Ini adalah kemungkinan:
~pada tahun A, soalannya terlampau susah, maka tak ramai yang mampu mendapat markah yang tinggi。
~pada tahun B, soalan menjadi lebih senang, jadi sistem “normal distribution” perlu dilaksanakan.
Inilah yang dikatakan adil kepada semua pelajar setiap tahun mengikut sistem yang digunapakai kerajaan selama ini.
Walaupun isi pembelajaran tetap sama, tetapi biasanya pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu meneliti kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) :
1. Persoalan, berapa banyak soalan KBKK?
2. Persoalan, disebalik berapa banyak soalan H.O.T yang keluar setiap tahun dan berada pada aras berapa?
3. Dan satu lagi, yang menggubal soalan bukan orang yang sama setiap tahun。
Bukan setakat Malaysia sahaja yang menggunapakai sistem ini, termasuklah UK juga menggunapakai sistem yang sebegini rupa.
Pemarkahan sistem pendidikan Malaysia juga dibuat berdasarkan sistem loceng.
Jika anda yang belajar subjek Matematik Tambahan sebelum ini, memang akan belajar bab ini.
Sistem loceng begini mekanismenya :
Katakan ada 100 orang, 20 orang akan dapat keputusan cemerlang, 60 orang akan dapat markah yang serdahana/pertengahan manakala 20 orang lagi akan dapat keputusan paling rendah.
Jadi, apa yang berlaku?
~Kalau dalam 20 orang tertinggi itu markah tertingginya adalah sekitar 60++ maka 60++markah adalah A/A+.
~Kalau 20 teratas itu mendapat lingkungan markah 90++markah, maka A/A+ akan menjadi >90 markah dan begitulah seterusnya.
Jadi, untuk keputusan SPM/PMR yang dekat dengan tarikh pilihanraya, suka atau tidak memang ada “memberikan sedikit pengaruh” dan calon pada yang bakal menerima keputusan pada tahun tersebut akan sedikit bernasib baik.
Faktor “tuah” pada tempoh tersebut memang tidak boleh dipertikaikan.
#Sources of information:http://beritasemasa.com/#
1xBet Korean 2021 Live Casino Review ᐈ Free Spins & Bonus
ReplyDeleteWith the welcome offer, you can 1xbet try 1xBet Korean febcasino live casino from any of the top providers in the industry and take งานออนไลน์ your chances!